Ionic Creator 20190323

Keperluan aplikasi mobile pada hari ini sangat luas; dari keperluan perniagaan hinggalah kepada keperluan komuniti mahupun sosial. Terdapat permintaan ttinggi untuk membangunkan aplikasi bagi memenuhi keperluan yang pelbagai ini.

 

Pembangun aplikasi mobile mempunyai dua pilihan; 1) asli (native) atau 2) campuran (hybrid).

 

Pembangunan native melibatkan pembangunan menggunakan alat yang dibina khusus untuk sesuatu platform.  Contohnya, untuk membangunkan aplikasi iOS, pembangun perlu menggunakan aplikasi xCode yang mesti dijalankan dalam komputer Mac. Aplikasi iOS yang siap berbentuk format ipa dan mesti diterbitkan di Apple App Store untuk edaran kepada pengguna lain.

Manakala untuk membangunkan aplikasi Android, pembangun perlu menggunakan aplikasi Android Studio yang boleh dijalankan dalam komputer Windows, Mac atau Linux. Aplikasi Android yang siap berbentuk format apk dan pembangun mempunyai pilihan edaran samada menerbitkannya di Google Play Store atau berkongsi secara langsung dengan pengguna lain.

 

Pembangunan hybrid pula melibatkan pembangunan menggunakan alat yang berdasarkan teknologi campuran. Salah satu teknologi campuran yang banyak digunakan adalah teknologi PhoneGap (Sumber Terbuka tetapi Tanda Niaga Syarikat Adobe) atau Cordova (Sumber Terbuka dan Lesen Terbuka). Melalui teknologi ini, pembangun boleh menggunakan kod yang sama untuk menghasilkan format ipa atau apk. Teknologi ini memanfaatkan Komponen Web Kit yang terdapat di dalam sistem iOS, Android dan Windows Phone.

 

Pembangunan hybrid menjadi popular kerana ia memendekkan masa pembangunan, merendahkan learning curve dan menyeragamkan rupabentuk aplikasi pada semua platform.

Walaubagaimanapun, tidak semua projek pembangunan mobile apps sesuai dengan kaedah hybrid. Jika projek anda memerlukan penggunaan peranti khusus dalam sesebuah platform atau daya pemprosesan yang tinggi, anda perlu pertimbangkan untuk menggunakan kaedah native bagi menjamin kualiti projek anda.

 

Bengkel ini memberi tumpuan kepada kaedah hybrid menggunakan teknologi PhongeGap/Cordova.

 

Persediaan:

  1. Daftar akaun untuk bina apps di build.phonegap.com . Disyorkan anda daftar menggunakan id gmail anda.
  2. Daftar akaun untuk bina rekabentuk apps di creator.ionic.io .

 

Langkah2:

  1. Sebagai permulaan, kita akan bina app menggunakan kod sampel.
    1. Salin Url berikut, https://github.com/notarazicom/ionic-101-blank , dan Tampal di ruangan Pull from .git repository build.phonegap.com.
    2. Tekan butang Ready to build.
    3. Tunggu hingga proses membina app selesai. Perhatikan jika ada mesej ralat.
    4. Jika proses pembinaan berjaya, anda akan melihat paparan QR CODE mengandungi pautan ke fail apk atau ipa anda. Download ke dalam mobile phone dan pasang app tersebut.
  2. Dalam langkah di atas, anda telah menggunakan aplikasi build.phonegap.com untuk membina app berdasarkan kod sampel. Kod sampel ini mengandungi kod berdasarkan teknologi HTML5.
  3. Kod HTML5 boleh ditulis dalam aplikasi teks biasa seperti notepad, notepad++, sublime dan lain2. Ia juga boleh ditulis dalam aplikasi pembangun khusus Android Studio, xCode dan lain2.
  4. Bagi mereka yang baru mula belajar mengenali kod, aplikasi creator.ionic.io boleh membantu menjana kod HTML5 secara automatik.
    1. Login ke creator.ionic.io .
    2. Tekan butang Create New Project.
    3. Masukkan nama projek. Pilih salah satu dari empat pilihan berikut:
      1. Blank.
      2. Side Menu.
      3. Tab Menu.
      4. Side and Tab Menu.
    4. Masukkan komponen UI yang anda kehendaki seperti Heading, Button, Image dan lain2. Berikan tetapan yang sesuai bagi sifat2 komponen UI tersebut.
    5. Download projek folder (berbentuk zip file).
      1. Unzip kandungan projek, salin kesemua kandungan.
    6. Download master sample (berbentuk zip file) dari https://github.com/notarazicom/bgp-sample .
      1. Unzip kandungan master sample, cari folder www. Masuk ke dalam folder www, tampal kandungan projek anda di sini.
    7. Zip semula folder ibu kepada folder www.
    8. Upload ke build.phonegap.com dan tekan butang Ready to build .
      1. Tunggu hingga proses membina app selesai. Perhatikan jika ada mesej ralat.
      2. Jika proses pembinaan berjaya, anda akan melihat paparan QR CODE mengandungi pautan ke fail apk atau ipa anda. Download ke dalam mobile phone dan pasang app tersebut.

 

Rujukan:

eWorkbook1

 

 

Rujukan lama: eworkbook1a

Leave a comment