NotaRazi
“Lihat-Dengar-Fikir”Archive for March, 2009
Panduan jika anda ditahan polis
Malaysiakini: Panduan jika anda ditahan polis
Ali Bukhari Amir | Mar 25, 09 3:25pm
‘Buku merah’ Majlis Peguam – panduan berguna bagi seseorang yang tidak biasa ditahan polis atau buta undang-undang sewaktu berdepan dengan pihak berwajib itu.
Edisi bahasa Inggeris risalah kecil panduan asas itu kini boleh diperolehi di laman web rasmi badan profesional itu, www.malaysianbar.org.my
Risalah dua halaman ‘Polis dan Hak Asas Anda’ disediakan oleh satu jawatankuasa kecil Majlis Peguam yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis (Tangkap).
Dalam buku kecil itu terdapat panduan:
Seseorang berhak meminta kad pengenalan polis ketika ditahan. Jika anggota polis itu menunjukkan kad merah, anda boleh mengabaikan arahannya kerana dia sedang digantung tugas.
Anda juga berhak menelefon ahli keluarga, rakan atau peguam untuk menyampaikan maklumat mengenai penahanan seperti, masa, tempat dan sebab ditahan dan lokasi tahanan,
Anda mungkin ditahan selama 24 jam di balai polis atau dalam penjara untuk membantu siasatan.
Buku panduan itu menjelaskan juga cara-cara memberikan keterangan kepada polis bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, selain prosedur tahanan reman dan tatacara pemeriksaan badan.
Ia juga memuatkan nombor telefon pejabat-pejabat Pusat Bantuan Guaman (LAC) badan profesional itu di seluruh Semenanjung.
Kira-kira 100,000 salinan ‘buku merah’ telah dicetak untuk edaran kali pertama bulan lepas.
Edisi bahasa Melayu buku merah
Di sebalik cerita “SlumDog Millionaire”
dari artikel asal terbitan harakahdaily
—
Slumdog Millionaire ‘cabar’ bahasa Inggeris?
Syuaib Zakaria
Thu | Mar 19, 09 | 3:08:28 pm MYT
Ada banyak sebab, kenapakah Slumdog Millionaire diangkat sebagai sebuah filem terbaik baru-baru ini.
Filem ini mengangkat kehidupan masyarakat miskin sebenar di India dan ia berbeza dengan filem-filem Hindi yang lain. Paling jelas, filem ini tidak diselangi tarian dan nyanyian, iaitu perencah dan ramuan biasa yang banyak menghidupkan kekuatan dalam filem Hindi sebelum ini.
Paling jelas, filem ini dianggap terbaik kerana kekuatan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu.
“You don’t have to be a genius,” kata Jamal kepada polis yang menahannya. Beliau disyaki menipu dalam program tv termasyhur di India itu. Memang benar kata Jamal.
Beliau sebenarnya bukannya pintar pun dan hal ini dibuktikan pada akhir cerita di mana beliau sendiri tidak tahu jawapan mengenai nama wira dalam The Three Musketeers, walaupun novel itu adalah antara yang dibacanya sejak zaman kanak-kanak.
Apa yang menyebabkan Jamal Malik mampu menjawab hampir keseluruhan soalan dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire itu?
Keperitan hidup
Sebenarnya, Jamal mengharungi segala keperitan hidup pada zaman kanak-kanaknya. Untungnya, pada setiap jalur kehidupan yang gelap itu, ternyata ada sahaja yang ada kaitan dengan pertanyaan hos rancangan tv tersebut.
“Di atas kertas wang Amerika $100, wajah siapakah yang tertera di atasnya?” tanya hos program itu.
Jamal termenung dan di ruang matanya, dia teringat zaman kecilnya ketika hidup menipu para pelancong di Taj Mahal. Bersama abangnya Salim, mereka mendapat upah yang banyak.
Di situlah Jamal mengenal mata wang Amerika. Dan, dia mengetahui wajah siapakah yang tertera di atas wang not $100 dollar Amerika itu ketika diberitahu rakannya yang telah dibutakan matanya oleh kumpulan penjahat.
“Benjamin Franklin,” jawab Jamal tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja. Ada banyak lagi kisah gelap dan cerita suram lagi kelam yang akhirnya gumpalan pengalaman itulah yang telah membantunya menjawab setiap pertanyaan yang sukar dalam kuiz tersebut.
Mungkin sudah terbiasa dengan penipuan dan hidup mengenal penipuan ini menyebabkan Jamal dapat mengelak daripada ditipu pengacara program itu yang cuba menjebaknya dalam tandas. Ketika rancangan itu berhenti seketika untuk memberikan laluan kepada iklan, sang pengacara memberi jawapan salah di cermin tandas.
Jamal dapat menghidu niat pengacara itu yang mahu beliau kalah dan mahu menggagalkan harapannya memenangi 20 juta rupee itu. Melalui talian hayat, dengan penuh bijak, akhirnya Jamal dapat membebaskan dirinya daripada perangkap pengacara yang memberi beliau jawapan yang salah ketika mereka sempat berbual di tandas sebelum itu.
Kejadian itulah yang menyebabkan pengacara menganggapnya telah menipu. Program itu ditunda pada keesokan hari kerana soalan-soalan belum dapat dijawab semuanya. Dalam perjalanan pulang itulah Jamal diperangkap pengacara dengan meminta polis menyiasatnya di balai polis.
Dalam proses siasatan, dan setelah diseksa dan dipukul dengan teruknya oleh pihak polis, Jamal akhirnya menceritakan satu persatu kisah bagaimana beliau pada akhirnya berjaya menjawab setiap persoalan tadi.
Pengalaman Jamal adalah kritik sosial ke atas masyarakatnya
Satu persatu riwayat hidupnya dikisahkan semula kepada pihak polis. Boleh dikatakan semua kisahnya telah menyebabkan pihak polis sendiri terpaksa akur dengan masalah negara mereka sendiri. Misalnya polis tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan antara penganut Hindu dan Islam di India.
Jamal dan abangnya Salim setelah menjadi yatim piatu akhirnya diperalatkan sekumpulan lintah darat yang memperalatkan anak-anak yatim untuk dijadikan pelacur, hamba seks, peminta sedekah serta ahli kumpulan samseng yang baru direkrut.
Ketiadaan sokongan sesama masyarakat ke atas anak-anak yatim di India menyebabkan beberapa kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan anak-anak yatim ini sebagai kumpulan jahat ketika mereka dewasa kelak. Inilah sebabnya kenapa ajaran agama menggalakkan pembelaan ke atas anak-anak yatim ini.
Ebook Mengapa Kami Bantah PPSMI
1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 1
2. Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia
Terhadap Dasar PPSMI 3
3. Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa 9
4. Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin 27
5. Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa 41
6. Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedi
dalam Peradaban Melayu Moden 51
7. Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu
sebagai Tunjang Tamadun 73
8. Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan
Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan yang Selalu
Ditanyakan 85
9. Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris: Konflik Antara Dua Darjat 95
10. Bahasa Melayu akan Pupus 113
11. Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan 131
12. Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendah
dan Menengah 135
SLUMDOG MILLIONAIRE: DELUDED AND IRRESPONSIBLE
Ada pengajaran menarik yangboleh dipelajari dari “SLUMDOG MILLIONAIRE”.
http://blog.indiepixfilms.com/2009/01/20/slumdog-millionaire-deluded-and-irresponsible/
menulis…

SLUMDOG MILLIONAIRE: DELUDED AND IRRESPONSIBLE
Posted by: Jordan
In Danny Boyle’s Slumdog Millionaire, Jamal (Dev Patel) is a young man from the slums of Mumbai who is chosen at random to enter a Who Wants to Be a Millionaire-style contest on television. His tempestuous life experiences in the slum help him so completely with correctly solving the answers that his legitimacy is called into question. Jamal is promptly arrested by authorities hoping to expose him as a cheat; he is forced to explain in detail how he was able to answer each question. We follow Jamal on his journey through his past as he struggles to win the prize and safeguard his future.
Slumdog is one of those endless feel-good type films that purports to raise “awareness” and “encourage” the underdog. It tells the familiar story of the little engine that could, while simultaneously casting a blind eye to the material factors involved in actual revolution. One wonders if Boyle, a filmmaker with an at best uneven career, bothered to familiarize himself with basic revolutionary principles at all. All evidence points to the contrary. The message of Slumdog is clear: all it takes is luck, destiny, and courage to beat the system.
A film that thoroughly entertains while delivering an honest portrayal of class struggle – one that correctly communicates organization and the mass politicization of the working class as the true path towards revolution – would have been something. Instead, Slumdog is an irresponsible, deluded pipe dream where a peasant can rise above the dungheap of religious and class warfare through sheer individual strength and determination alone. As the current economic crisis deepens and sectors of the liberal/petty bourgeois media begin to rouse from years of self-imposed slumber, the ridiculous insanity of the film will be exposed.
Slumdog Millionaire, like its obsolete “message”, is dead on arrival.
http://isohunt.com/download/57633497/slumdog+millionaire.torrent

