Pesanan Rasulullah SAW Untuk Pemuda

The Power Of Vision (Melayu)

 

The Power Of Vision (malay) – Presentation Transcript

  1. Mula Dari “Garisan Penamat” Prinsip Kepimpinan Diri Notarazi.wordpress.com Imagination
  2. Di garisan… , sedia… MULA! Notarazi.wordpress.com
  3. Imbas Kembali 1 Apakah ucapan pertama Rasulullah SAW di khalayak ramai di Mekah? (This image is not related to the Prophet at all) Notarazi.wordpress.com
  4. BEGIN WITH THE END IN MIND Notarazi.wordpress.com
  5. Imbas Kembali 2 Apakah yang dikatakan Rasulullah kepada Suraqah yang mahu menangkapnya dalam peristiwa Hijrah ke Madinah? Notarazi.wordpress.com
  6. BEGIN WITH THE END IN MIND Notarazi.wordpress.com
  7. Imbas Kembali 3 Apakah yang diucapkan Rasulullah SAW ketika menggali parit di dalam Peperangan Khandak? Notarazi.wordpress.com
  8. BEGIN WITH THE END IN MIND Notarazi.wordpress.com
  9. Imbas Kembali 4 Apakah yang dikatakan Rasulullah SAW tentang kejayaan memasuki Kota Konstantinopel? Notarazi.wordpress.com
  10. BEGIN WITH THE END IN MIND Notarazi.wordpress.com
  11. Iktibar SIKAP POSITIF membawa kita melonjak naik Notarazi.wordpress.com
  12. Dipopularkan oleh Covey Covey’s model of personal effectiveness began evolving in the mid seventies while working on a Ph.D., which involved reviewing 200 years of U.S. success literature. “2nd Habit – Begin with the end in mind” Notarazi.wordpress.com
  13. SIKAP? Sikap= Pengetahuan Knowledge + Kemahiran (what to, why to) + Kemahuan HABITS Skills Desire (how to) (want to) Notarazi.wordpress.com
  14. Apa kaitannya dengan saya? Bagaimana saya Apa yang melakukan saya mahu -nya? lakukan? Kenapa? Adakah saya benar2 mahu melakukannya? Notarazi.wordpress.com
  15. J.K Rowling dan “Harry Porter” In 1990, J. K. Rowling was on a crowded train from Manchester to London when the idea for Harry suddenly \”fell into her head\”. \”I had been writing almost continuously since the age of six but I had never been so excited about an idea before. I simply sat and thought, for four (delayed train) hours, and all the details bubbled up in my brain, and this scrawny, black-haired, bespectacled boy who did not know he was a wizard became more and more real to me.\”
  16. Jalan Hidup Anda = Novel Anda! Kisah yang Watak hebat! yang hebat! Wawasan unggul  kisah dan watak yang unggul Wawasan unggul dibentuk oleh 3 faktor Notarazi.wordpress.com
  17. Kesedaran Diri Notarazi.wordpress.com
  18. Imaginasi Notarazi.wordpress.com
  19. Suara Hati Notarazi.wordpress.com
  20. PIMPIN dan URUS PILIH YANG Memimpin TERBAIK & Mengurus LAKSANAKAN DENGAN BAIK Kepimpinan Baik + Pengurusan Baik  Impian Terlaksana Notarazi.wordpress.com
  21. Cipta sasaran MISSION STATEMENT Notarazi.wordpress.com
  22. Keperluan Asas Manusia Empat keperluan asas: – a.Hidup (keperluan fizikal dan ekonomi) – b.Menyintai dan Dicintai (sosio- budaya) – c.Peningkatan Diri (dorongan berbakti kepada yang lain) – d.Warisan (dorongan untuk meninggalkan sesuatu yang memberi makna dalam kehidupan) Notarazi.wordpress.com
  23. Warisan anda? Abu Hurairah meriwayatkan bhw Rasululullah SAW bersabda mafhumnya: Apabila seseorang meninggal dunia, terputus amalan dunia melainkan 3: – Sedekah Jariah – Ilmunya yang dimanfaatkan orang lain – Anak soleh yang mendoakannya Notarazi.wordpress.com
  24. TAMAT Notarazi.wordpress.com

Panduan jika anda ditahan polis

Malaysiakini: Panduan jika anda ditahan polis
Ali Bukhari Amir | Mar 25, 09 3:25pm
Buku merah’ Majlis Peguam – panduan berguna bagi seseorang yang tidak biasa ditahan polis atau buta undang-undang sewaktu berdepan dengan pihak berwajib itu.

Edisi bahasa Inggeris risalah kecil panduan asas itu kini boleh diperolehi di laman web rasmi badan profesional itu, www.malaysianbar.org.my

Risalah dua halaman ‘Polis dan Hak Asas Anda’ disediakan oleh satu jawatankuasa kecil Majlis Peguam yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis (Tangkap).

Dalam buku kecil itu terdapat panduan:

Seseorang berhak meminta kad pengenalan polis ketika ditahan. Jika anggota polis itu menunjukkan kad merah, anda boleh mengabaikan arahannya kerana dia sedang digantung tugas.

Anda juga berhak menelefon ahli keluarga, rakan atau peguam untuk menyampaikan maklumat mengenai penahanan seperti, masa, tempat dan sebab ditahan dan lokasi tahanan,

Anda mungkin ditahan selama 24 jam di balai polis atau dalam penjara untuk membantu siasatan.

Buku panduan itu menjelaskan juga cara-cara memberikan keterangan kepada polis bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, selain prosedur tahanan reman dan tatacara pemeriksaan badan.

Ia juga memuatkan nombor telefon pejabat-pejabat Pusat Bantuan Guaman (LAC) badan profesional itu di seluruh Semenanjung.

Kira-kira 100,000 salinan ‘buku merah’ telah dicetak untuk edaran kali pertama bulan lepas.

Edisi bahasa Melayu buku merah

Edisi bahasa Inggeris (English Version) disini.

Di sebalik cerita “SlumDog Millionaire”

slumdog-millionaire

dari artikel asal terbitan harakahdaily

Slumdog Millionaire ‘cabar’ bahasa Inggeris?
Syuaib Zakaria
Thu | Mar 19, 09 | 3:08:28 pm MYT
Ada banyak sebab, kenapakah Slumdog Millionaire diangkat sebagai sebuah filem terbaik baru-baru ini.

Filem ini mengangkat kehidupan masyarakat miskin sebenar di India dan ia berbeza dengan filem-filem Hindi yang lain. Paling jelas, filem ini tidak diselangi tarian dan nyanyian, iaitu perencah dan ramuan biasa yang banyak menghidupkan kekuatan dalam filem Hindi sebelum ini.

Paling jelas, filem ini dianggap terbaik kerana kekuatan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu.

“You don’t have to be a genius,” kata Jamal kepada polis yang menahannya. Beliau disyaki menipu dalam program tv termasyhur di India itu. Memang benar kata Jamal.

Beliau sebenarnya bukannya pintar pun dan hal ini dibuktikan pada akhir cerita di mana beliau sendiri tidak tahu jawapan mengenai nama wira dalam The Three Musketeers, walaupun novel itu adalah antara yang dibacanya sejak zaman kanak-kanak.

Apa yang menyebabkan Jamal Malik mampu menjawab hampir keseluruhan soalan dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire itu?

Keperitan hidup
Sebenarnya, Jamal mengharungi segala keperitan hidup pada zaman kanak-kanaknya. Untungnya, pada setiap jalur kehidupan yang gelap itu, ternyata ada sahaja yang ada kaitan dengan pertanyaan hos rancangan tv tersebut.

“Di atas kertas wang Amerika $100, wajah siapakah yang tertera di atasnya?” tanya hos program itu.

Jamal termenung dan di ruang matanya, dia teringat zaman kecilnya ketika hidup menipu para pelancong di Taj Mahal. Bersama abangnya Salim, mereka mendapat upah yang banyak.

Di situlah Jamal mengenal mata wang Amerika. Dan, dia mengetahui wajah siapakah yang tertera di atas wang not $100 dollar Amerika itu ketika diberitahu rakannya yang telah dibutakan matanya oleh kumpulan penjahat.

“Benjamin Franklin,” jawab Jamal tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja. Ada banyak lagi kisah gelap dan cerita suram lagi kelam yang akhirnya gumpalan pengalaman itulah yang telah membantunya menjawab setiap pertanyaan yang sukar dalam kuiz tersebut.

Mungkin sudah terbiasa dengan penipuan dan hidup mengenal penipuan ini menyebabkan Jamal dapat mengelak daripada ditipu pengacara program itu yang cuba menjebaknya dalam tandas. Ketika rancangan itu berhenti seketika untuk memberikan laluan kepada iklan, sang pengacara memberi jawapan salah di cermin tandas.

Jamal dapat menghidu niat pengacara itu yang mahu beliau kalah dan mahu menggagalkan harapannya memenangi 20 juta rupee itu. Melalui talian hayat, dengan penuh bijak, akhirnya Jamal dapat membebaskan dirinya daripada perangkap pengacara yang memberi beliau jawapan yang salah ketika mereka sempat berbual di tandas sebelum itu.

Kejadian itulah yang menyebabkan pengacara menganggapnya telah menipu. Program itu ditunda pada keesokan hari kerana soalan-soalan belum dapat dijawab semuanya. Dalam perjalanan pulang itulah Jamal diperangkap pengacara dengan meminta polis menyiasatnya di balai polis.

Dalam proses siasatan, dan setelah diseksa dan dipukul dengan teruknya oleh pihak polis, Jamal akhirnya menceritakan satu persatu kisah bagaimana beliau pada akhirnya berjaya menjawab setiap persoalan tadi.

Pengalaman Jamal adalah kritik sosial ke atas masyarakatnya
Satu persatu riwayat hidupnya dikisahkan semula kepada pihak polis. Boleh dikatakan semua kisahnya telah menyebabkan pihak polis sendiri terpaksa akur dengan masalah negara mereka sendiri. Misalnya polis tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan antara penganut Hindu dan Islam di India.

Jamal dan abangnya Salim setelah menjadi yatim piatu akhirnya diperalatkan sekumpulan lintah darat yang memperalatkan anak-anak yatim untuk dijadikan pelacur, hamba seks, peminta sedekah serta ahli kumpulan samseng yang baru direkrut.

Ketiadaan sokongan sesama masyarakat ke atas anak-anak yatim di India menyebabkan beberapa kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan anak-anak yatim ini sebagai kumpulan jahat ketika mereka dewasa kelak. Inilah sebabnya kenapa ajaran agama menggalakkan pembelaan ke atas anak-anak yatim ini.

Ebook Mengapa Kami Bantah PPSMI

1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 1
2. Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia
Terhadap Dasar PPSMI 3
3. Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa 9
4. Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin 27
5. Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa 41
6. Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedi
dalam Peradaban Melayu Moden 51
7. Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu
sebagai Tunjang Tamadun 73
8. Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan
Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan yang Selalu
Ditanyakan 85
9. Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris: Konflik Antara Dua Darjat 95
10. Bahasa Melayu akan Pupus 113
11. Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan 131
12. Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendah
dan Menengah 135